Wednesday, January 18, 2012

Salsabila Cafe in Johor Bahru

Nama yg unik dan cafe yg lain daripada konsep yg ada.
Menu yg ada tak jauh beza dr cafe-cafe yang ada di Johor.
Tapi apa yg menarik minat saya sehingga mengajak suami dan kawan-kawan
menjadikan cafe ini sbg pilihan ialah pizza tortilla yg sedap dan lain dari yg ada dipasaran.
Hmmm... mungkin kawan-kawan boleh mencubanya.

Segala yg ada semuanya sedap kecuali western foods.
Bagi saya western foods die still moderate dan tak "se superb" Jabar steak di Jalan Rajawali
dekat-dekat dgn Gulam Larkin.

Apa-apa pun,
Salsabila boleh menjadi tempat kamu berkumpul bersama kawan-kawan
sambil menghisap shisa flavor yg kamu suka.

Tabik spring kepada owner Salsabila iaitu Tengku Aminah dan partnernya
bcoz dapat membuka satu lagi new fresh concept cafe yg menjadi tarikan ramai.

Congrats and Wish all the best to Salsabila and Partner for the Fresh and Attractive Cafe in JB..


bridal and catering project by my sista and me

hmm... tahun 2012 ni mmg tahun nekad dlm hidup aku..

aku mengambil keputusan berhijrah pejabat baru dan juga memulakan sesuatu langkah yg kecil dlm hidup aku bersama kakak ku bg menambahkan pendapatan keluarga kami berdua sambil membantu meringankan tanggungjwb suami kami..

so, lepas perbincangan dan perancangan serta peluang yg ada skrg yg berbulan lamanya..
kami berdua mengambungkan minat dan hobby kami sbg pekerjaan sambilan dahulu.

kami memulakan part-time bridal dan catering.
bridal minat kakak ku dan catering adalah minat ku.
bila sudah cukup dana kami, kami akan melakukan minat yg lain iaitu import&export.

aku akui,,
jika sesuatu bisnes jika di lakukan berseorangan mmg tidak mudah utk dijalankan.
ada benarnya juga kata suami ku.

mmg aku nekad, meneruskan apa-apa yg aku yakin dan aku mampu lakukan.
jika aku terus terbelenggu, aku tidak mampu utk terus kehadapan.
walau apa pun dugaannya, aku harus mampu menghadapinya tanpa lari kemana-mana.





P/S : jika ada gambar2 dan hasil2 hantaran rekaan/kerja dari kami.. kami akan post gambar di sini... tunggu... Kad kawin juga ada.. jika kamu mahu melihat,, tunggu.. kami akan post gambar2 hasil dari kerja kami di dalam blog ni setelah gambar dikemaskini dan disusun rapi.



doakan kami supaya impian saya dan kakak berjaya ya...

DIA yg pertama dan terakhir dlm hidupku


tidak ada sapa pun dapat menghuraikan ape yg tersirat dibalik hikmah dugaan Nya.
aku sentiasa berdoa agar, setiap dugaan yg kite semua hadapi dapat dihadapi dgn hati yg sabar dan tabah.
pendirian ku tetap kali ini,,
aku teruskan jua langkah walau apa pun terjadi dan akan terjadi.
satu doaku,, 
biarlah kesusahan pada hari ini akan membawa kesenangan dan kebahagiaan 
kepada kami kelak.

Dia merupakan kekuatan aku.
Dia jua tempat aku mengadu.
Dia jualah yg menyimpan segala rasa ku terhadap kamu.
Semoga tiap detik hati ku, Dia sahaja yg mengehtahui
Tuhan tolonglah.. 
Cinta ku hanya utk dirinya.
Semoga cinta kami kekal sampai ke syurga.

kamulah, munajat cintaku utk selama-lamanya... 




Tuesday, January 17, 2012

bella milik siapa

Bella,,,

Nama yg cukup indah bila didengari.
Mesti pemilik nama ini cantik orgnya seperti namanya.
Aku masih lg menunggu bella yg mmg jarang sekali tepati temu janjinya..

Diam aku buat seketika sambil menunggu pesanan air ku.
Melayang ingatan aku pada seseorg yg sudah lama lupakan.
Tak ku sangka takdir menemukan kembali aku pada dia yg lama aku telah padam dalam
memori aku.
Ketika itu, kelu lidah dan aku hanya menundukan pandangan ku.
Seperti mahu shaja aku lari dan memilih kedai makan lain.

"Assalamualaikum"...
Berkali-kali bella memberi salam.. tapi aku masih lagi jauh mengelamun.
"OOii,, makcik..!" sengah si Bella. Tersentap aku dari lamunan sambil tersenyum.
"Bejanggut aku tunggu kau!" aku memerli Bella.
"Kau tu, aku da 5 min ada depan kau, kau asyik la mengelamun.." jawab Bella.
Aku tersenyum dan diam sahaja. Bocor rahsia aku nanti akan dikorek oleh si Bella kalau bercakap lebih-lebih..
Kami terus memanggil pelayan utk memesan makanan kami.

Bella,,,

Dengan pakaian dan dandanan yg sederhana sudah menyelahkan kecantikan rupa parasnya.
Tapi sayang,, hati dan nasib dirinya tidak selalu menyebelahi dirinya lagi.
Dia selalu dikecewakan.
Tak tahu mana silapnya sehingga baginya hidup keseorgan adalah lebih baik dari berdua.
Dia fobia dan takut jika pisang akan berbuah dua kali.
Selepas hatinya diberi sepenuhnya.
Tika itulah, pelbagai rintangan dan dugaan akan datang utk menguji kekuatan cinta mereka.
Sayangnya,,,
Bella adalah perempuan yg mudah rapuh tatkala dugaan besar datang menguji.
Mudah mengalah dan langsung tak melawan utk mempertahankan cinta hatinya.
Iitulah memyebabkan cintanya mudah kecundang ditengah jalan.

Bagiku,

Perempuan hadir utk menjadi pendamping seorg lelaki
Lelaki hadir dalam kehidupan wanita menjadi pelindung dan penjaga amanah
Kedua-dua mereka sangat berbeza tapi ingin mengikat janji sehidup semati
dan saling memenuhi keperluan dan kehendak bersama bagi mengecapi
kebahagian di dunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Bagiku,,,

Surga seorg isteri terletak pada suami.
Taat la padanya, walaupun saat itu engkau merasa dia tidak lagi
bersama mu..
Kerna, suatu hari pasti dia mengingati mu dan menyesali kehilangan
cinta sejati mu itu.


Wasalam.


Love,
xoxo